08 November 2007

Apakah Asas Mobilisasi Massa Oleh Mahasiswa 10 November ini?

harakahdaily.netInisiatif BERSIH melancarkan rapat umum 100 ribu ummat di Dataran Merdeka seharusnya digarapkan bersama oleh mahasiswa Malaysia.

Penggarapan ini adalah suatu amanah dan tradisi gerakan mahasiswa sendiri – presure group, jurubicara ummah, independent group, catalyst dan sebagainya kepada masyarakat dan negara Malaysia.

Jika dilihat dalam massa, sangat banyak sentuhan keramat oleh mahasiswa. Demontrasi Baling 1974 merupakan antara contoh klasikal kehebatan mahasiswa lampau.

http://rockybru.blogspot.com/Demontrasi tersebut awalnya disertai oleh lebih kurang 1000 orang Pak Tani, kemudian kian bertambah pada 30 000 ribu orang umat sekitar Baling pada tanggal 21 September tahun tersebut.

Komuniti aktivis mahasiswa Malaysia pada ketika itu turut menggarapkan mobilisasi massa di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur pada 3 Disember 1974.

Lebih 5 000 mahasiswa dari UM, UKM, USM, UPM, ITM (kini dikenali UiTM), Politeknik Ungku Omar dan sebagainya sanggup mengambil risiko melancarkan perhimpunan aman tersebut.

Mereka ini, sebahagiannya adalah aktivis mahasiswa yang melancarkan Enlargement di Baling sehingga meletusnya kesedaran nasional berhubung kemelaratan hidup umat di Malaysia (khususnya di Baling).

Pelbagai risiko didepani oleh mahasiswa Malaysia pada ketika itu. Salah satunya adalah AUKU 1971 (masih belum Pindaan 1974). Implikasinya, sebanyak 1 128 mahasiswa ditangkap pihak Polis, 38 dan 3 aktivis mahasiswa ditahan masing-masing di Pulau Pinang dan Ipoh.

Sdr Anwar Ibrahim (kini DSAI) sendiri telah ditahan dibawah ISA pada 8 Disember 1974.

11 Disember 1974, lebih 2000 mahasiswa turut melancarkan demontrasi aman di Universiti Malaya atas asas yang sama iaitu kemiskinan tegal ummah khususnya di Baling.

Secara rasionalnya, mahasiswa lampau sepatutnya lebih berdepan dengan culture of fear disebabkan oleh tempuhan pengalaman sekelompok aktivis mahasiswa Malaysia yang berkesedaran tersebut.

Dari sisi lain pula, kondisi masyarakat kampus pada waktu itu juga tidak senang kerana realiti masyarakat di luar kampus juga sebenarnya tidak berada majoritinya. Mereka juga hanya bergantung pada biasiswa oleh kerajaan.

Realiti kemiskinan ini lebih ketara di Baling dan dipedulikan oleh mahasiswa. Harga gula dan gandum gandum pada ketika itu masing-masing naik 10 sen dan 20 sen. Harga getah hanya naik 7 sen sekilo.

Implikasinya, skala kemiskinan semakin melebar. Lebih 226 400 ahli keluarga atau 64.7% ummat Baling di bawah paras kemiskinan tegal.

Bolehkah dapatan biasiswa ini dijadikan asas mahasiswa turut diikat dengan beberapa ikatan feudal pemerintah; sebagaimana mahasiswa kini dengan dapatan PTPTN yang akhirnya menelurkan (atau dianggap) complecent zone di kampus?

Pada pandangan penulis kesusahan dan ketakutan yang didepani oleh mahasiswa Malaysia dewasa ini hakikinya turut didepani oleh mahasiswa lampau (khususnya era 1970an).

Ini kerana kesusahan adalah sesuatu yang malar dalam kehidupan setiap entiti masyarakat. Cuma dalam lanskap dan nilai yang berbeza-beza.

Begitu juga dengan ketakutan, adalah suatu gerak rasa yang tabie atau nature bagi setiap manusia yang normal.

Tipu sekiranya mahasiswa lampau termasuk DSAI dan aktivis-aktivis seangkatan dengannya menabit dada mengatakan bahawa mereka anti-ketakutan. Sesuatu yang anti-normal sebenarnya.

Persoalannya, bagaimana dan apakah asas-asas mobilisasi massa mahasiswa lampau yang sepatutnya digarapkan semula oleh mahasiswa kini?

Pertama, partisipasi 50000 mahasiswa Malaysia tersebut berlangsung selepas mahasiswa menggarapkan beberapa aktiviti penerapan kefahaman terlebih dahulu.

Sebagai contoh, perlancaran beberapa forum seperti “Soal Ekonomi Bumiputera”, “Faham Nasionalisma Malaysia”, “Peranan Intektual Melayu”, “Mengenai Bangsa Melayu Mundur” sejak tahun Pergolakan PBMUM 1965 lagi di peringkat nasional. (Muhammad Abu Bakar, 1973:37)

Dengan erti kata lain, Penulis melihat gerakan kefahaman (Enlargement) sepatutnya menjadi tumpuan oleh komuniti mahasiswa Malaysia dalam menggarapkan hasrat BERSIH pada 10 November ini dan seterusnya.

Hanya kefahaman mampu merasionalkan budaya takut (culture of fear); dan merentap kondisi hidup selesa (complecents’ zone) di kalangan mahasiswa Malaysia.

Syeksen 7(1) dan (3), 8, 9, 15(1) dan (2), 15B(1), 15D(1) dan 16 dalam AUKU 1971 (Pindaan 1974) boleh didepani jika mahasiswa benar-benar faham prinsip demokrasi, Perlembagaan Malaysia. Tatacara AUKU sendiri sebenarnya masih boleh dimanipulasi, jika mahasiswa berkefahaman.

Secara peribadi dan kerdil, Penulis sudah diheret ke Tribunal Tatatertib AUKU UM 9 kali dalam pertuduhan yang besar-besar belaka; yang sengaja dicipta. Pertuduhan-pertuduhan tersebut kesemuanya gagal dibuktikan; jauh lagi dijatuhkan hukuman bersalah.

Penulis berasa cukup takut dengan pengalaman tersebut. Namun, Penulis cukup rasional menangani pengalaman tersebut kerana Penulis dididik memahami AUKU itu sendiri oleh Unit Undang-Undang PMIUM.

Zon selesa juga sebenarnya tiada. Mahasiswa akan mula tidak selesa jika berkesedaran bahawa budaya rahsuah kian parah di Malaysia, SPR kian anti-demokrasi, inflasi kian meningkat, harga minyak kian naik (bermula 1 Januari 2008), kos barang asasi kian naik dan pelbagai lagi kepincangan sistem sosial Malaysia; jika mahasiswa mula faham.

Kefahaman menelurkan keyakinan. Keyakinan menggerakkan iltizam. Iltizam menggamit pengorbanan.

Biar mahasiswa membantu ummah dalam mobilisasi massa!!!

Jadikan tanggal 10 November ini sebagai pillot test pada cita-cita umat Malaysia dan jadikan pandangan Penulis ini sebagai ufuk fikir ke depan demi memulihara semula sistem nilai di Malaysia. “MAHASISWA MAMPU MENDEPANI MASSA”-End

No comments: